Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

KOMUNITI GABUNGAN ANAK - ANAK GAYONG

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

MARI DENGAR LAGU


MusicPlaylist

BAKA IPD KUALA MUDA

Jumaat, 14 Ogos 2009

RAMADHAN BAKAL TIBA



"Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." - Surah Al Baqarah: 183

Ramadhan adalah bulan yang amat bermakna bagi mereka yang tahu menilai dan menghargai kelebihannya. Ramadhan merupakan masa untuk menguji tahap kesabaran, waktu menunjukkan simpati kepada yang memerlukan ihsan, juga bulan mulia untuk menambah ibadat dan amalan.

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


HIKMAH PUASA

Berpuasa dibulan Ramadhan mempunyai pelbagai hikmah (rahsia) yang banyak . Antaranya

1 . Dapat melatih diri supaya bersabar dalam menghadapi segala cabaran .

2 . Dapat memperbanyakan Amal Ibadat kepada Allah

3 . Dapat melahirkan perasaan rasa syukur yang tidak terhingga diatas
segala kenikmatan yang di anugerahkan oleh - Nya .

4 . Dapat menimbulkan rasa simpati dan kasihan kepada mereka yang
sentiasa memerlukan bantuan .


CARA MENETAPKAN TARIKH PUASA

Di Negara kita tarikh puasa ditetapkan dengan dua cara iaitu :

A ) Rukyah :
Iaitu degan melihat anak bulan Ramadhan setelah terbenam matahari
pada tanggal 29 Syaaban

B ) Hisab :
Iaitu dengan mencukupkan bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari jika anak
bulan awal Ramadhan tidak kelihatan .

SYARAT WAJIB PUASA

1 ) Islam

2 ) Baligh

3 ) Berakal

4 ) Suci dari Haid dan Nifas



GOLONGAN YANG TIDAK DIWAJIBKAN PUASA

1. Kafir

2. Gila

3. Kanak – kanak

4. Orang yang sedang sakit

5. Lemah badan / Uzur

6. Musafir

7. Perempuan yang sedang kedatangan Haid dan Nifas

8. Perempuan Hamil

9. Ibu yang menyusukan anak



RUKUN PUASA

1. Masuk bulan Ramadhan

2. Berniat mengerjakan Puasa pada tiap - tiap malam antara terbit matahari dan
terbit fajar

3. Meningalkan segala perkara yang boleh membatalkan puasa

SYARAT SAH PUASA


a) Islam
tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama

b) Berakal
tidak sah puasa orang gila kerana puasa memerlukan niat dan niat
ini hanya boleh dilakukan oleh orang - orang yang berakal sahaja.

c) Bebas dari haid dan nifas
tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas,malah diharamkan mereka berdua berpuasa.

d) Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa; hari - hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus puasa kecuali dua hari raya, hari-hari Hari tasyrik dan syak.

Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya.

Apa hukum puasa kanak-kanak?

Kanak - kanak apabila telah mumayyiz, sahlah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa jika tiada sebarang halangan seperti yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajiblah atasnya berpuasa .

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Makan dan minum dengan sengaja

2. Bersetubuh dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa
keluar mani

3. Muntah dengan sengaja walaupun sedikit

4. Kedatangan haid dan nifas

5. Mengeluarkan air mani dengan perbuatan secara langsung yang disengajakan seperti
mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri),

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan melalui saluran terbuka yang menyampai ke
rongga perut, iaitu memasukkan melalui mulut atau hidung.

7. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan
puasa . Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung.

8. Pengsan sepanjang hari

9. Gila; jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana telah hilang
darinya kelayakan untuk beribadah.

10. Berbekam (mengeluarkan darah)

11. Berniat keluar dari puasa.


HARI - HARI HARAM BERPUASA

1) Hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)

2) Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)

3) Hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah)

4) Hari Syak (30 Sya'aban)

5) Selepas 15 Sya'aban jika bukan puasa qada' atau nazar atau puasa hari yang biasanya berpuasa.


PUASA YANG DIMAKRUHKAN

1) Puasa pada hari Arafah bagi mereka yang mengerjakan haji.

2) Puasa pada hari Sabtu sahaja.

3) Puasa pada hari Jumaat sahaja.

4) Puasa sunat sedangkan menangguh puasa qada'

5) Puasa sepanjang tahun


HIKMAH BERSAHUR

Sahur hukumnya sunat muakkad, iaitu ibadat sunat yang diutamakan. Dalam hadits Abu Sa'id al-Khudry bahawa Rasulullah bersabda,
"Sahur adalah makanan berkat, maka jangan kalian tinggalkan walaupun salah seorang dari kalian hanya meneguk seteguk air, karena Allah dan para malaikat bersalawat atas orang-orang yang bersahur." (Riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Ahmad).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan