Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

KOMUNITI GABUNGAN ANAK - ANAK GAYONG

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

MARI DENGAR LAGU


MusicPlaylist

BAKA IPD KUALA MUDA

Selasa, 18 Januari 2011

sabar

Sabar dalam kebahagian, kesempitan, kejayaan, kegagalan, kesejahteraan, kesakitan, suka dan duka. Bagi anda yang kini senang dan tidak bermasalah besar, bersyukurlah. Manakala bagi anda yang sedang menghadapi kesusahan dan dirundung malang, usahlah berduka. Tabahkan jiwa dan anggaplah keperitan itu sebagai satu ujian, sebelum sesuatu ganggaran diperolehi di hari pengadilan kelak .
Allah telah berfirman di dalam ayat 165 Surah Al-An'am yang bermaksud,

6_165.gif






" Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dengan beberapa darjat kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

Ayat di atas telah menunjukkan bahawa kita, sebagai manusia adalah Khalifah di muka bumi ini. Ahli-ahli tafsir telah memberi pengertian Khalifah ialah:"Setiap manusia hendaklah menggunakan segala kecekapan dan keupayaan mereka untuk memakmurkan alam ini".

Kita diberi darjat dan status kehidupan sebagai ujian sama ada kita bertakwa kepadaNya. Bagi gulungan yang ingkar, Dia boleh memberi balasan azab secara amat cepat, Sementara itu Dia Maha penyayang dan Maha Pengampun bagi kita yang telah sedar atas kesalahan kita dan memohon ampun kepada Nya..

Sementara itu, jika keresahan, keperitan, penderitaan menjelma di jiwa,usahlah berduka diatas keadaan yang menimpa seperti kemalangan, kematian,kegagalan bercinta, kegagalan peperiksaan dan sebagainya. Besabar dan sentiasalah mengingati Allah. Blog ini seterusnya akan memaparkan catatan bagaimana mengatasi kedukaan dan cara-cara meningkatkan keyakinan diri , mengembang potensi ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Dua amanah utama yang perlu dilaksanakan oleh manusia sebagai hamba Allah SWT. Ayat yang selalu kita dengar tetapi amat kurang sensitiviti kita terhadap dua perkara ini. Amar makruf dan nahi munkar. Lakukan kebaikan dan benci kepada kemungkaran. Jika kita perhalusi, sebenarnya dua amanah begitu berat untuk kita sama-sama laksanakan jika kita tidak menyedari hakikat kita sebagai khalifah di bumi ini.

Sabda  Rasulullah S.A.W :

“Orang yang bijak ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang bodoh ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah (berangan-angan untuk mendapatkan kebahagiaan di akhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat)” –riwayat At Tirmizi

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:”Apakah dosa itu wahai Rasulullah?” Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.” Riwayat Muslim


Firman Allah dalam Surah Fussilat ayat 46, maksudnya:

"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang baik, maka kebaikan itu untuk dirinya sendiri. Barangsiapa yang berbuat jahat maka kejahatannya itu untuk dirinya sendiri dan sekali-kali tidaklah Tuhanmu menganiayai hambanya.; Oleh itu, berazamlah kita semua termasuklah saya sendiri untuk menjadi hamba Allah yang baik, yang mulia di sisinya kelak, dan bercita-citalah mengatur langkah untuk terus memburu kasih sayang dan redha Allah. Semoga Allah menerima kita semua sebagai hamba-hambanya yang berhak mendapat kedudukan yang mulia di sisi Nya kelak. ".