Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

KOMUNITI GABUNGAN ANAK - ANAK GAYONG

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

MARI DENGAR LAGU


MusicPlaylist

BAKA IPD KUALA MUDA

Isnin, 29 Jun 2009

FADHILAT BULAN REJAB



Salam sejahtera saudara-saudari seIslam semua,Sepertimana yang kita ketahui banyak bulan - bulan islam yang ada kelebihannya . Tajuk kali ini saya memilih fadhilat Bulan Rejab .
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.
1. Senyum itu adalah sedekah. Maka bersedekahlah kepada kaum muslimin-muslimah semua.
2. Bertasbih dan berwirid itu akan menentukan "landscape" kediaman kita diakhirat kelak,amalkan dengan ikhlas.
3. Hidup ini sebenarnya mimpi. Kehidupan sebenar adalah di Akhirat.
4. Mati syahid dalam keadaan mencari ilmu kerana ianya adalah perjuangan kaum Muslim

FADILAT BULAN REJAB

Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari – Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari – mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari – dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari – diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari – aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari – dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari – Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari – Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari – keluar dari kuburnya lalu menyeru “Laailahaillallah” dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari – Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari – Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari – Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari – dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari – Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari – Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:
1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:
1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun
2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir
3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat
4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya
5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:
1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)
2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di”israk”kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di”mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:
SESUNGGUH NYA KEJAYAAN KITA DUNIA DAN AKHIRAT BERGANTUNG SEJAUH MANA KITA DAPAT MENTAATI PERINTAH ALLAH S.W.T DAN MENGIKUT JEJAK LANGKAH YANG DITUNJUKI OLEH BAGINDA RASUL S.A.W.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Sabtu, 27 Jun 2009

WABAK BABI



Dunia seringkali dikejutkan dengan pelbagai ancaman wabak penyakit. Beberapa tahun lalu kita dikejutkan dengan ancaman Selsema Burung, JE, Denggi, Chikungunya, dan HIV. Kini sekali lagi dunia berdepan dengan wabak yang menakutkan iaitu Wabak Selsema Babi. Sehingga kini seramai 159 orang disahkan meninggal dunia dan lebih 1,300 orang sebagai pengidap. Antara negara yang terlibat ialah Mexico, Amerika Syarikat dan beberapa negara Asia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran kepada semua negara agar mengambil langkah tegas mengawal penularan wabak ini. Wabak Selsema Babi adalah kombinasi daripada tiga virus iaitu Virus Selsema Burung, Virus Selsema Manusia dan Virus Selsema Babi. Virus ini menyerang sistem pernafasan disebabkan oleh virus selsema jenis A (H1N1) yang mula dikesan sejak 1988.

Wabak ini mudah berjangkit melalui sentuhan langsung dengan babi atau pemindahan virus selsema babi kepada manusia dan manusia sesama manusia. Kesan yang dikenal pasti apabila suhu badan melebihi 37.8 darjah celsius, sakit badan, batuk, berhingus, bersin, sesak nafas, hilang selera makan, muntah, dan cirit birit.


Al-Qur’an banyak memberi amaran kepada manusia yang mengkufuri dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t. dengan pelbagai ancaman. Antara ancaman tersebut ada yang berbentuk kesengsaraan di dunia dan ada yang berbentuk kesengsaraan di akhirat. Di antara kesengsaraan di dunia ialah seperti bencana alam, peperangan, kemalangan, dan serangan wabak penyakit.

Persoalan besar yang timbul ialah apakah perkaitan antara pengharaman babi dengan wabak yang dahsyat ini?. Benarkah virus boleh berubah dalam bentuk yang lebih bahaya pada babi?. Menurut pengkaji, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah menjadi lebih berbahaya dari semasa ke semasa. Justeru sejak 1430 tahun hijrah lalu, al-Qur’an telah memperingatkan sebanyak empat kali tentang pengharaman babi yang akan membinasakan kehidupan manusia

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Maidah ayat 3:

Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan mati dipukul, dan mati jatuh, dan mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu mengundi nasib dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.”

Berdasarkan ayat tersebut, jelas bahawa Allah s.w.t. mengharamkan sesuatu perkara mempunyai hikmah yang tertentu. Antaranya, bertujuan membuktikan perhambaan diri kepada Allah azza wa jalla dan menyelamatkan manusia daripada kerosakan. Menurut kajian saintis, memakan daging babi menyebabkan seseorang boleh dihinggapi hampir 70 jenis penyakit.

Dalam menghadapi ancaman wabak selesema babi ini, mimbar menyeru semua pihak agar mengambil perhatian serius terhadap serangan wabak ini. Lebih-lebih lagi pihak berkuasa negara, perlulah mengawal pintu masuk negara daripada kemasukan pelancong ke negara ini yang dikhuatiri membawa virus tersebut. Seterusnya mempastikan warganegara Malaysia tidak berkunjung ke negara yang dilanda wabak, di samping perlunya peraturan dan kawalan ketat terhadap aktiviti penternakan babi di negara ini. Sebagai muslim, kita mestilah berusaha mematuhi segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya di samping memperbanyakkan doa dan munajat kepada Allah Azza wa jalla dalam menghadapi apa jua ancaman dan musibah.

Yakinlah bahawa Islam adalah agama Allah yang benar, memenuhi keperluan fitrah setiap manusia. Oleh itu, pengharaman Islam terhadap babi, arak, zina, rasuah, judi dan sebagainya adalah untuk menjaga maslahah nyawa dan kehidupan manusia seluruhnya.
Firman Allah swt :




Maksudnya: “Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

Isnin, 22 Jun 2009


BAB AKHLAK SUAMI & ISTERI

Akhlak mestilah diwujudkan dalam sesebuah rumah tangga dengan penuh rasa kasih sayang dan harmoni. Akhlak juga merupakan sesuatu perkara yang dituntut dalam islam supaya menjadikan seseorang insan itu dipandang mulia oleh masyarakat sekeliling . Akhlak suami & isteri dalam sesebuah rumahtangga ialah budi pekerti tingkah laku atau perangai yang berteraskan al – quran dan hadis . Kita boleh menjadikan Rasulullah S.A.W itu sebagai role model yang terbaik dalam menempuh liku – liku hidup berumahtangga.



Firman Allah SWT:


Maksud-Nya:

“Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada diri Rasullah SAW itu contoh ikutan yang baik”

(Surah al-Ahzab: 21)


Berikut adalah akhlak suami & isteri yang perlu ada dalam sesebuah rumahtangga

Akhlak Suami

* Mestilah memberi nafkah yang secukupnya kepada si isteri

D Pergaulan yang baik

D Bertanggungjawab atas segala hal dalam rumahtangga

D Menjadi contoh terbaik kepada keluarga

D Kasih sayang terhadap keluarga

D Menjaga rahsia rumahtangga

D Berfikiran positif dan bertolak ansur



Firman Allah SWT:


Maksud-Nya:

“…Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai)benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah pula kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

(Surah al-Nisa’: 19)



Akhlak Isteri



Ø Patuh dan taat kepada suami

Ø Memelihara kehormatan diri

Ø Menjaga harta suami

Ø Menghias diri untuk suami

Ø Mencintai dan mengasih suami

Ø Mendapat keizinan suami

Ø Menjaga rahsia rumahtangga


Sabda Rasullah SAW:

خَيْرُ النِّسَآءِ مَنْ إِذَا نَظَرْتَ إِلَيْهَا سَرَّتْكَ، وَإِذَا أَمَرْتَهَا أَطَاعَتْكَ، وَإِذَا أَقْسَمْتَ عَلَيْهَا أَبَرَّتْكَ، وَإِذاَ غِبْتَ عَنْهَا حَفَظَتْكَ فِى نَفْسِهَا وَمَالِك


Maksudnya:

“Sebaik-baik perempuan/isteri ialah bila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau, dan bila engkau suruh dia mengikut perintah engkau, bila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan bila engkau tiada di rumah dia menjaga dirinya dan harta engkau”



Oleh itu untuk mendapat keberkatan ALLAH S.W.T akhlak yang terpuji yang ditunjukkan oleh Baginda Rasullulah S.A.W perlu diikuti oleh semua insan yang bergelar suami dan isteri

Ahad, 21 Jun 2009

BAB AQIDAH

PENGERTIAN ISLAM

Mentauhidkan Allah, Tunduk dan Patuh KepadaNya serta menunaikan semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W.


PENGERTIAN IMAN

Membenarkan Dengan Hati Dan Berikrar Dengan lisan Serta beramal Dengan Ajaran-Ajaran yang di bawa oleh Nabi Rasulullah S.A.W.


PENGERTIAN IHSAN

Melakukan ibadah dengan khusuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya.


PRINSIP – PRINSIP ASAS ISLAM

¯ Manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah.

¯ Manusia adalah Khalifah Allah.

¯ Menjadikan Islam sebagai cara hidup

CARA HIDUP ORANG ISLAM YANG MESTI DIIKUTI

# Iltizam dan patuh kepada hukum Islam

# Hubungan baik sesama manusia.

# Mengiktiraf hak-hak orang lain.

# Bersikap sederhana.

# Menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran

# Bersyukur dan bertawakkal.


PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

¯ Mansyirikkan/menyembah selain dari Allah.

¯ Mangingkari dan mempersendakan hukum Allah S.W.T.

¯ Mempercayai selain dari Allah yang boleh memberi kesan.

¯ Mengingkari Al-Quran dan As-Sunnah Nabi S.A.W..

¯ Mengingkari kerasulan Nabi Muhammad S.A.W.


KESAN TERBATALNYA AQIDAH

¯ Terbatal Perkahwinan (suami isteri).

¯ Menghilangkan Hak Mempusakai.

¯ Menghilangkan Hak Perwalian.

¯ Tidak boleh dikebumikan diperkuburan Orang Islam.

¯ Menghilangkan Hak Keistimewaan Orang Islam.

Sabtu, 20 Jun 2009

AL - QURAN PANDUAN HIDUP



AL-QURAN PANDUAN HIDUP MUSLIM


أَشْهَدُ اَنْ لاَّ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الْمَبْعُوْثُ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى هَذَا النَّبِيَّ الْكَرِيْمِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ ِإلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.

Marilah kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t. diatas segala nikmat yang dikurniakan, terutama nikmat Iman dan Islam kepada kita semua. Islam yang dibawa dan disampaikan oleh nabi Muhammad s.a.w. merupakan agama yang sempurna lagi lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia serta diredhai disisi s.w.t. Sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali-Imran ayat 19 :

Yang bermaksud : Sesungguhnya agama yang diakui di sisi Allah ialah Islam

Kelahiran nabi Muhammad s.a.w. bersama dengan risalah Islam yang dibawa oleh Baginda telah merubah tamadun manusia yang dahulunya gelap dengan kesesatan dan kejahilan kini telah bersinar dengan cahaya iman dan ilmu berdasarkan wahyu Allah s.w.t., dimana dunia dan manusia ketika itu dicengkam oleh pelbagai kezaliman. Dahulunya manusia bertindak dan melakukan sesuatu berdasarkan hawa nafsu tatapi setelah datangnya Islam, mereka dikawal oleh akal yang berpandukan kepada wahyu Allah s.w.t. sehingga kehidupan manusia menjadi lebih mulia. Bahkan kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. adalah satu ketetapan Allah s.w.t. untuk membawa rahmat kepada sekalian alam. Bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anbiyaa ayat 107 :


Maksudnya : " dan tidaklah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam ".


Kehidupan Baginda Rasulullah s.a.w. umpama Intan Permata yang berkerlipan dari segenap penjuru. Setiap kerlipan itu, penuh dengan panduan dan pengajaran untuk dipelajari serta dihayati oleh umatnya. Kehidupan umat Islam akan menjadi indah dengan diwarnai oleh sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang bersumberkan wahyu Ilahi, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:

" اِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاَقِ "

Maksudnya : " Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak ".

Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Tatapi, kita masih bertuah kerana Baginda Rasulullah s.a.w. telah meninggalkan dua perkara kepada umatnya sebagai panduan hidup, iaitu kitab Allah dan Sunnahnya sebagai pedoman bagi seluruh umatnya untuk dikaji, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan.

Hadirin ,

Kitab suci Al-Quran atau kalam Allah diturunkan kepada Baginda Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s. secara berperingkat-peringkat selama 23 tahun. Penurunannya adalah mengikut suasana semasa yang berlaku ketika itu atau mengisahkan peristiwa yang memerlukan istinbat hukum. Kandungan Al-Quran itu merangkumi ayat-ayat yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan manusia seperti mengatur cara hidup bermasyarakat, cara beribadah, pembahagian harta pusaka, urusan kekeluargaan, urusan pentadbiran dan pembangunan negara, urusan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Kesemua kandungan ini tetap menjadi sumber rujukan yang unggul dan abadi sehingga ke hari kiamat .

Al-Quran merupakan wahyu dan mukjizat kepada Baginda Rasulullah s.a.w., ia juga merupakan kitab yang terakhir yang diturunkan ke dunia ini, manakala membaca dan mempelajarinya merupakan suatu ibadah kepada Allah s.w.t. Selain daripada itu, Al-Quran juga mempunyai rahsia dan hikmah yang tinggi. Kunci kerahsiaannya perlu digali, pintu hikmahnya perlu diterokai supaya arah tuju perjalanan hidup kita sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukun Iman seseorang Muslim .


Justeru, kita sebagai umat yang mengaku beriman dengan kitab suci Al-Quran, mestilah menjadikan Al-Quran sebagai kitab bacaan dan rujukan utama dalam kehidupan. Menjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah s.w.t. Oleh yang demikian, dalam kesibukan harian, kita sewajarnya memberikan sedikit waktu dan ruang kepada diri dan keluarga kita untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. melalui pembacaan Al-Quran. Janganlah kita menjadi seperti segelintir orang yang mendakwa berilmu tatapi mereka tidak membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian mereka .


Al-Quran bukan seperti kitab warisan yang hanya dibungkus kemas untuk dipamerkan atau untuk melariskan jualan atau memagari rumah dan sebagainya. Tatapi hakikat sebenarnya Al-Quran adalah sumber rujukan yang mampu menjadi penunjuk arah dalam kehidupan disamping berupaya menangani pelbagai halangan, cabaran dan ancaman terhadap akhlak dan moral masyarakat. Marilah kita menjadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kesalahan pada makna sebenar dan dalam masa yang sama kita perlu merujuk kepada golongan pakar dalam bidang tersebut bagi mengelak sebarang kekeliruan dan salah faham. Disamping itu, kita hendaklah meletakkan keyakinan bahawa isi kandugan Al-Quran secara umum atau mempunyai prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan atau bermula dari kita bangun tidur hinggalah kita tutup mata (mati).

Mudah-mudahan kita semua mencapai kejayaan dalam menjadikan Al-Quran sebagai panduan dan pedoman hidup .

1. Kita wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan pelengkap kepada kesempurnaan rukum Iman seseorang Muslim.

2. Kita yakin isi kandugan Al-Quran secara umum atau mempunyai prinsip dasar mengatur seluruh kehidupan manusia bermula dari sekecil-kecil urusan hinggalah sebesar-besar urusan.

3. Kita jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sekurang-kurangnya satu ayat dengan mengikut kaedah yang betul bagi mengelak kesalahan pada makna sebenar.

4. Kita berusaha menjadikan diri dan keluarga kita sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t. dengan beramal dengan akhlak Al-Quran .

5. Kita menghayati pengajaran yang terkandung didalam Al-Quran, disamping menjadikan Al-Quran sebagai benteng kepada godaan dunia serta sentiasa memohan dilindungi Allah s.w.t.

Bermaksud : “ Alif, Lam, Mim, Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan Sembahyang serta membelanjakan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka ”.

( Surah al-Baqarah ayat : 1-3 )

Jumaat, 19 Jun 2009

GANGGUAN IBLIS

Gangguan iblis ketika sakaratulmaut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan.
Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

ROMBONGAN 1

Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2

Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang di dalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3

Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4

Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5

Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6

Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu." Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini." Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."



" Ya Allah Matikanlah hambamu ini di dalam Islam dan jauhilah bisikan syaitan semasa sakaratul maut "

Selasa, 16 Jun 2009

ASAL USUL SOLAT OLEH ANA UST. ASYRAF



Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun

FADHILAT MEMBACA BISMILAH

video


Fadhilat Membaca Bismillah

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.

BAHAYA MINUMAN COCA COLA






TENGOK BERUANG NIEE SAJA MINUM

Fakta seperti yang tersenarai di bawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke: Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.
Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna COKE ?

Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini:

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja besi mesti suka ni
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,(bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin) pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis: bahaya".

Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .Tolong jangan letak atau parkir kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan atau karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Wahh...mesti buat overhaul ni!Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke.Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum.Tambah pula dengan ais!.

Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak
terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dan lain-lain. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungan adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan Coca Cola tu.
Cuba rendamkan gigi (gigi yang patah ker tapikalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka.

Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?

Yang pernah pi Mekah boleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju,buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dan lain-lain.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.

Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke ...

Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca.
Artikel ini saya dapat daripada seorang rakan saya. Betul atau tidak kalau nak tahu bolehlah mencubanya. Saya pun belum cuba lagi. Yee lahh.. terkejut juga bila tahu bendanya sebab kadang-kadang minum juga.InsyaAllah teringin juga buat ujikaji apa yang dikatakan tu. Nak tengok hasilnya. Sesiapa dah mencuba nanti bolehlah kongsikan feedbacknya.

Ahad, 14 Jun 2009

GAMBAR KURSUS DI PPA JELEBU 2009

GAMBAR USTAZ - USTAZ DI PDRM BUKIT AMAN



INILAH DIA USTAZ - USTAZ BAHAGIAN AGAMA & KAUNSELING SELURUH MALAYSIA
( Yang Berbadan Mantop dan Pakai Kot Cendoi tu sayalah )

WUJUDNYA USTAZ DAN KAUNSELOR POLIS




KEWUJUDAN BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING POLIS DIRAJA MALAYSIA .
Kalau Dahulu askar bangga dengan KAGAT kini polis sudah pasti dengan BAKA yang diwujudkan baru - baru ini . Ustaz , Ustazah dan Kaunselor merupakan orang yang memain peranan dalam Baka . Ustaz dan ustazah dilantik oleh JAKIM
manakala Kaunselor dilantik oleh JPA .

Berikut adalah Serba sedikit tentang Baka

Pendahuluan

Kementerian Kewangan melalui perakuan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah meluluskan perjawatan cadangan penubuhan Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM melalui Waran Perjawatan Bil. K41 Tahun 2007 Bertarikh 3 April 2007.
Sebanyak 1,503 perjawatan baru telah diwujudkan dan 25 perjawatan sedia ada telah dimansuhkan. Tiga (3) elemen telah diwujudkan dalam BAKA iaitu :-

• Cawangan Agama
• Cawangan Kaunseling
• Cawangan Pentadbiran


OBJEKTIF Baka

• Melahirkan pemimpin yang berwibawa dan berkesan,
• Membentuk warga PDRM yang berakhlak, profesional, dan berhemah,
• Memastikan warga PDRM dapat mempertingkatkan produktiviti dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif,
• Meningkatkan mutu disiplin berlandaskan etika kerja yang murni dan cemerlang,
• Memantapkan aspek pembangunan diri dan kesedaran kemajuan kerjaya warga PDRM yang lebih positif untuk menghasilkan produktiviti yang berkualiti,
• Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa dan yang akan datang berkait dengan agama dan psikologi yang boleh memberi kesan negatif kepada warga PDRM,
• Mencari hala tuju dan merencana usaha-usaha bagi kepentingan bidang agama dan psikologi; dan Menyediakan ruang pertukaran maklumat, perkongsian kemahiran dan kepakaran di kalangan ahli-ahli akademik dan pakar-pakar dalam bidang agama dan psikologi untuk faedah PDRM.


FUNGSI BAKA
• Memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui
penguasaan ilmu dan pembangunan insan,
• Mengenalpasti keperluan latihan dan mengadakan ceramah, syarahan, bengkel,
seminar, simposium dan konvensyen dalam usaha membina komuniti berintegriti yang
dicanai dengan nilai Islam, di samping membudayakan perkhidmatan kaunseling kepada
warga Polis Diraja Malaysia.
• Merancang, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan
kelompok yang merangkumi empat aspek :
1) Intervensi
2) Pencegahan,
3) Pemulihan; dan
4) Pertumbuhan / Perkembangan

• Menyediakan garis panduan dan menetapkan dasar berhubung dengan amalan Islam dan
perkhidmatan kaunseling,
• Mengenalpasti tahap kefahaman dan penghayatan Islam di kalangan warga PDRM
• Merancang dan melaksanakan ujian-ujian psikologi serta membuat analisis dan
tafsiran,
• Sebagai pakar rujuk / pakar perunding dalam bidang agama dan psikologi,
• Menyediakan peluang latihan dalam bidang agama dan psikologi/ kaunseling melalui
perundingan dan perkongsian bijak dengan lain-lain agensi,
• Menjalankan pemantauan bagi memastikan ajaran Islam, etika dan piawaian amalan
kaunseling dipatuhi di semua peringkat; dan
• Merancang dan melaksanakan program / aktiviti agama dan kaunseling untuk semua
pegawai bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti perkhidmatan PDRM.

BAKA PDRM diujudkan di peringkat:-
i. Bukit Aman
ii. Kontinjen
iii. Daerah
iv. Briged PGA
v. Institusi Latihan PDRM
vi. Pasukan Simpanan Persekutuan
vii. Marin
Viii.Pengkalan Udara

Tiga unit yang diwujudkan dalam BAKA

1 ) DAKWAH DAN PENERBITAN
- DAKWAH
- PENERBITAN

2 ) HAL EHWAL SAHSIAH
- PEMBANGUNAN KELUARGA
- KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

3) PENGURUSAN MASJID/SURAU
- PENGIMARAHAN
- KAFA

PILIHLAH LALUAN YANG BETUL

BAB SOLAT OLEH BAKA IPD KUALA MUDA ( UST M. ASYRAF )





Pengertian Solat

* Sesuatu perkara atau perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam serta mengikut ketetapan dan syarat – syarat yang ditentukan .

Syarat – Syarat Wajib Solat
1) Islam 2 ) Baligh 3) Berakal 4) Suci dari haid & Nifas ( bagi perempuan

Syarat – Syarat Sah Solat
1 ) Suci dari hadas kecil & besar
2 ) Suci badan , pakaian dan tempat untuk mengerjakan solat dari segala najis
3 ) Menutup Aurat
* Aurat lelaki antara pusat & lutut
* Aurat Perempuan seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua tapak tangan
4) Sudah masuk waktu solat
5) Mengadap Kiblat


Rukun Solat
* Solat tidak sah jika tertinggal salah satu Rukun Solat . Rukun Solat Ada 13 Perkara :-
• Berdiri betul bagi yang mampu
• Berniat mengerjakan Solat . Niat dalam hati semasa mengucap Takbiratul-Ihram
• Mengucap Takbiratul-Ihram ( Allahu Akhbar )
• Membaca Surah Al – Fatihah pada setiap rakaat sama ada sembahyang seorang diri atau berjamaah .
• Rukuk serta tuma’ninah ( berhenti sebentar )
• I’tidal ( Bangun dari Rukuk ) serta tuma’ninah
• Sujud dua kali serta tuma’ninah
• Duduk antara Dua Sujud dengan tuma’ninah
• Duduk yang akhir untuk membacaTahiyyat Akhir
• Membaca Tahiyyat Akhir
• Membaca Selawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam masa membaca Tahiyyat Akhir .
• Memberi Salam yang pertama
• Tertib ( mengikut susunan diatas )

Perkara yang membatalkan solat

Ketika kita mengerjakan solat timbul persolan tentang perkara yang membatalkan solat iaitu :
1 . Semua perkara yang membatalkan Wuduk
2 . Terkena Najis
3 . Tidak menutupi Aurat
4 . Berkata dengan sengaja walaupun ketawa
5 . Makan & Minum
6 . Bergerak tiga kali berturut – turut dalam solat
7 . Berubah niat Contohnya : niat memutuskan Solat atau ragu – ragu
8 . Menambah rukun fi’li ( perbuatan ) dengan sengaja Contohnya : Menambah
bilangan Rukuk atau Sujud
9 . Meninggalkan salah satu Rukun Solat seperti : Tidak membaca Fatihah atau
tidak I’tidal
10. Meninggalkan Salah satu Syarat Sah Solat Contohnya : tidak mengadap Kiblat
11. Murtad iaitu keluar dari agama islam

Perkara yang makruh ketika Solat

Dalam kita mengerjakan solat terdapat beberapa perkara yang makruh ketika kita mengerjakan Solat iaitu :

1 . Bercekak pinggang
2 . Menoleh ke kanan dan kiri atau ke belakang
3 . Meludah
4 . Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak terurus
5 . Menyapu tempat sujud ketika sujud kecuali kalau terpaksa
6 . Membuka mulut lebar – lebar ketika menguap dalam Solat
7 . Menahan lapar dan menahan membuang air yang sedang mendesak
8 . Kalau Bilal sudah iqamat untuk mengerjakan Solat fardu, maka makruh
mengerjakan sembahyang sunat selain dari Solat Fardu itu sahaja

hukum Meninggalkan Solat

• Orang yang meninggalkan Solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam
• Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya
• Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat,

Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan Solat disebabkan malas @ sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengaibkan salah satu daripada Rukun Islam .

PERBUATAN LELAKI & PEREMPUAN


Ketika Takbir

Merenggangkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.

Merapatkan kedua-dua tangan daripada pangkal ketiak.


Ketika Sujud

Kedua-dua paha hendaklah direnggangkan

Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan.


Bacaan dalam solat.

Boleh menyaringkan bacaan .

Dilarang menyaringkan bacaan
.

Ketika Imam terlupa.

Mengucapkan Tasbih .

Hanya sekadar menepuk tangan kiri


Aurat

Antara atas pusat dengan bawah lutut yang wajib ditutup.

Seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan.


WAKTU YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU

o Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
o Ketika matahari naik dengan kadar segalah
o Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
o Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.



 Sesudah mempunyai air wudhu' dan siap untuk solat, maka kita segera dapat memulainya dengan urutan sebagai berikut.

Berdiri Tegak Lurus

 Berdiri tegak lurus dengan menghadap ke arah kiblat, disertai dengan niat: "Aku solat...(zuhur, misalnya), wajib kerana Allah".
Takbiratul Ihram
 Takbiratul Ihram dilakukan dengan mengangkat kedua tangan sampai menyentuh telinga diiringi dengan membaca:
 الله أكبر (Allah Maha Besar) (1x)
Doa Iftitah
 Selesai membaca takbiratul ihram, tangan langsung disedekapkan ke dada. Yang kanan menghimpit tangan kiri, pergelangan sejajar dengan pergelangan. Kemudian membaca doa iftitah (doa permulaan dan atau doa pembuka)


Ruku’k
Bacaan semasa Ruku’k :

سبحان ربي العظيم (3x)
("Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung")


I’tidal

I'tidal atau bangun dari ruku seraya mengangkat kedua tangan membaca:
سمع الله لمن حمده
(Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")

Sujud Pertama

Bacaan Semasa Sujud Pertama
سبحان ربي الأعلى وبحمده (3x)
(Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi )


Duduk Antara Dua Sujud

Bacaan Semasa Duduk Diantara 2 Sujud
اللهم اغفر وارحمني واجبرني واهدني وعافني وارزقني

(Ya Allah, ampunilah hamba, kasihanilah hamba, cukupilah hamba, tunjukilah hamba, dan berilah hamba rezeki.)

Sujud Kedua

Bacaan Semasa Sujud Pertama
سبحان ربي الأعلى وبحمده (3x)
(Mahasuci Tuhanku Yang Maha Tinggi )


Duduk Tahiyyat

Sikap duduk pada tahiyyat pertama (Tawarruk, keadaannya sama ketika duduk antara dua sujud menduduki kaki kiri, sedang kaki kanan tegak dengan jarijari kaki menghadap kiblat). Lain dengan sikap duduk pada tahiyyat kedua atau tahiyyat akhir (ifti-rasy, kaki kanan ditegakkan dengan jari-jari kaki menghadap ke arah kiblat).
التحيات المباركات الصلوات الطيبات لله ,
Semoga kehormatan untuk Allah, begitu pula segala do'a dan semua yang baik-baik.
السلام عليك أيها النبى ورحمة الله وبركاته
Salam sejahtera untukmu wahai para Nabi, dan rahmat Allah serta barakah-Nya.
السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين
Salam sejahtera untuk kami dan untuk para hamba Allah yang saleh

أشهد أن لا اله إلا الله , وأشهد أن محمدا رسول الله
Aku bersaksi bahwa sesungguhnya tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya

اللهم صلى على سيدنا محمد .
Ya Allah rahmatilah SAidina Muhammad

Perhatian!!!!!
Ketika membaca tasyahhud {. أشهد أن لا اله إلا الله.} dalam tahiyyat, telunjuk kanan digerakkan ke atas bagai meyakinkan bahawa Allah itu hanya Esa.
Selawat Ibrahimiyyah ditambah pd tahiyyat akhir..

اللهم صلى على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم وبارك على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد كما باركت على سيدنا إبراهيم وعلى آل سيدنا إبراهيم ,
إنك حميد مجيد
.
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.

Memberi Salam
Menoleh ke kanan dan ke kiri. Setelah selesai tahiyyat, anda
memberi salam dengan membaca:
السلام عليكم ورحمة الله وبركات
ه
(Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)
Sambil menoleh ke kanan dan ke kiri.

BUKTI KEISLAMAN RASUL KITA DAHULU

Bukti Ke-Islaman Rasul Terdahulu

Al-Quran menjelaskan agama rasul-rasul terdahulu adalah Islam. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT. Setiap rasul menyeru masyarakatnya ke arah mengabdikan diri kepada Allah SWT semata-mata dan mematuhi syariatNya yang diutuskan kepada setiap rasul ini.

Setiap rasul berpegang dengan syariat yang diutuskan oleh Allah kepadanya yang sesuai dengan masa dan masyarakatnya. Begitulah juga nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah bagi menegakkan aqidah nabi-nabi terdahulu dan melaksanakan syariat yang diutuskan kepada baginda untuk seluruh umat manusia sehingga berlakunya hari kiamat.

Ini bermakna syariat Muhammad SAW adalah penyudah atau pelengkap dalam menyempurnakan segala syariat nabi-nabi terdahulu dan sesuai dengan suasana manusia yang hidup di akhir zaman hinggalah ke hari Kiamat (D'day). Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukan agama para rasul terdahulu adalah islam kerana mereka menyeru manusia ke arah ketundukkan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT, sebagaimana juga nabi Muhammad SAW diperintahkan menyeru manusia ke arah ketundukan dan kepatuhan kepada segala yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Pada prinsipnya semua Rasul memeluk dan mengajar agama tauhid atau Islam. Sebagai contoh:

Nabi Adam as.
yang diperkirakan hidup lebih kurang 930 tahun merupakan manusia pertama yang bergelah khalifah Allah dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka diantara mereka ada yang taat dan adapula yang membangkang.

Nabi Idris as.
merupakan keturunan Nabi Sits as. diutus oleh Allah kepada anak cucu Qabil agar bertaubat dan menyembah Allah SWT, namun mereka terus menerus membangkang perintah Allah SWT. Begitu juga

Nabi Nuh as.
merupakan keturunan nabi Idris as. yang diutus Allah kepada kaum kafir. Baginda menyeru supaya semua manusia menyembah Allah, tetapi ajakan Nabi Nuh ditolak, akhirnya orang-orang yang ingkar atau kafir itu tenggelam dalam banjir yang besar.

Nabi Hud as.
adalah keturunan Yafit bin Nuh, bertempat tinggal di Hadharal Maut Utara. Baginda diutus Allah kepada kaum Aad kerana bangsa itu menyembah patung. Kemudian Nabi Nuh menyuruh mereka supaya menyembah Allah, tetapi mereka ingkar, akhirnya mereka menerima seksaan dengan ditimpa badai dan udara yang sangat dingin selama tujuh hari lapan malam.

Nabi Salleh as.
merupakan keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada bangsa Tsamud disebelah selatan Palastin. Kebudayaan mereka sudah tinggi tetapi mereka menyembah dewa dan patung, kemudian Nabi Salleh menyuruh kepada mereka agar menyembah Allah, sebahagia besar bangsa Tsamud menolak untuk memeluk agama Allah. Mereka ingkar kepada larangan Nabi Salleh. Pada hari pertama muka mereka berwajah kuning, hari kedua menjadi merah,hari ketiga menjadi hitam, akhirnya mereka disambar petir.

Nabi Ibrahim as.
juga keturunan Sam bin Nuh yang diutuskan Allah kepada kaum Namrud di negeri Babilon lebih kurang 4000 tahun sebelum Masehi. Kaum Namrud menyembah berhala bahkan akhirnya Namrud menganggap dirinya sebagai Tuhan. Nabi Ibrahim juga menyerukan ajaran tauhid atau Islam kepada mereka namun mereka tetap ingkar, akhirnya Allah mendatangkan kepada mereka tentera nyamuk sebagai balasan, maka musnahlah kaum yang ingkar.

Nabi Luth as
.
adalah bersaudara dengan nabi Ibrahim yang diutuskan kepada kaumnya di negeri Sadum, supaya kaumnya menyembah Allah SWT, namun mereka ingkar. Allah SWT membalas keingkaran mereka dengan dibalik bumi Sadum sehingga musnah negeri tersebut.


Nabi Ismail as.

adalah anak Nabi Ibrahim melalui perkahwinannya dengan Siti Hajar. Baginda diutus kepada bangsa Arab di negeri Yaman, kerana mereka belum kenal dengan agama tauhid atau Islam. Mereka juga diperintahkan supaya berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Baginda mempunyai 12 orang anak lelaki yang seluruhnya disebut dengan Bani Ismail atau Adnanniyun. Dari keturunan inilah lahirnya suku Quraisy yang melahirkan Nabi Muhammad SAW.

Nabi Ishaq as.
adalah anak kandung Nabi Ibrahim melalui perkahwinan dengan Siti Sarah. Baginda diutus oleh Allah di negeri Kan'an untuk menyembah Allah, mengajarkan tauhid, menyuruh membayar zakat, berpuasa dan menunaikan haji. Nabi Ishaq berkahwin dengan Rifka dan mendapat anak kembar iaitu ish dan Ya'kub. Nabi Ishaq wafat dalam usia 170 tahun dan dimakamkan di Baitul Maqdis daerah Palastin.


Nabi Ya'kub as.

diutus oleh Allah SWT di negeri Kan'an kerana penduduknya telah ramai menyembah berhala. Nabi Ya'kub mengajar kaumnya supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Baginda wafat dalam usia 148 tahun dan beliau mempunyai 12 orang anak lelaki.

Nabi Yusuf as.
anak Nabi Ya'kub as yang diutus oleh sebagai nabi kepada bangsa Mesir untuk mengajarkan agama tauhid iaitu agar menyembah Allah, Tuhan yang Maha Esa. Disampaing baginda seorang nabi ia juga seorang raja dengan dasar pemerintahannya adalah Islam. Beliau wafat dalam usia 120 tahun dan dimakamkan ditepi sungai Nil

Nabi Ayub as.
anak Amus bin Tarikh bin Rum bin Ish yang diutuskan oleh Allah SWT ke negeri Rom untuk mengajarkan agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. Beliau wafat dalam usia lebih kurang 93 tahun dan dimakamkan di suatu tempat di daerah Itali.

Nabi Zulkifli as.
adalah anak Nabi Ayub as. diutus oleh Allah SWT ke negeri Rom. Disamping beliau seorang nabi juga seorang raja yang tetap mengajarkan agama tauhid iaitu supaya menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa.Beliau menyeru kepada kaumnya supaya meninggalkan penyembahan berhala dan melaksanakan syariat Islam supaya solat dan membayar zakat. Beliau wafat dalam usia 95 tahun dan dimakamkan di Napoli, daerah Rom Selatan.

Nabi Syuaib as.

keturunan Nabi Luth as, diutus oleh Allah ke negeri Madyan, Palastin Selatan agar mengajar agama tauhid iaitu menyembah Allah SWT. membayar zakat dan berlaku jujur kepada kaumnya. Ramai kaumnya yang tidak beriman, akhirnya ditimpa bencana daripada Allah berupa gempa dan kepingan awan panas daripada langit.

Nabi Musa as. dan Nabi Harun as.
diutus oleh Allah SWT kepada kaumnya Bani Israil supaya menyembah Allah, membayar zakat, berpuasa dan berlaku jujur. Bani Israil ramai yang ingkar sehingga mereka menyembah patung anak sapi yang dipelopori oleh Samiri. Nabi Musa as. mendapat kitab Taurat daripada Allah SWT dan diberi mukjizat. Nabi Daud as.
dibekalkan oleh Allah dengan kitab Zabur mengajarkan kepada kaumnya agar menyembah Allah dan mengerjakan ibadah puasa. Nabi Daud as. wafat dalam usia lebih kurang 100 tahun, lalu dimakamkan di Palastin.


Nabi Sulaiman as.
adalah anak Nabi Daud as. beliau seorang nabi dan raja. Nabi Sulaiman berdoa kepada Allah SWT agar diberikan kepadanya kerajaan yang tidak akan diperolehi seorangpun sesudahnya. Doa beliau dikabulkan Allah, sehingga beliau dapat menguasai semua makhluk termasuk jin dan binatang. Nabi Sulaiman mengajak semua kaumnya agar menyembah Allah dan menghindari daparipada mensyirikkannya.

Nabi Ilyas as.

merupakan keturunan Nabi Harun diutus Allah sebagari rasul di negeri Balbik di Lebanon Selatan kerana orang Balbik ramai yang telah menyembah berhala. Patung terbesar sembahan mereka bernama "Ba'al" dibuat dari emas. Nabi Ilyas as. mengajak kaumnya agar menyembah Allah SWT iaitu agama tauhid, namun ramai yang ingkar, sehingga kebanyakan mereka ditimpa musibah gempa yang dahsyat. Nabi Ilyas wafat dan dimakamkan di daerah Lebanon Selatan.

Nabi Ilyasa' as.
diutus Allah SWT kepada Bani Israil, agar mengajarkan agama tauhid berdasarkan kitab Taurat dan kitab Zabur. Kerana kederhakaan dan pembangkangan mereka terhadap Allah dan Rasul-Nya akhirnya orang-orang yahudi dijajah oleh raja dari Babil bernama Nebukad Nezar. Kemudian Nebekud Nezar dikalahkan oleh Cyrus raja dari Persia. Pada tahun 70 Sebelum Masehi raja Rom bernama Titus memasuki Palastin dan merosak seluruh kota Jerusalam, kecuali Baitul Maqdis. Begitulah bangsa Yahudi mendapat kutukan dan laknat daripada Allah dan Rasul-Nya sehingga bertebaranlah mereka ke seluruh pelosok, dikutuk dan dihina oleh bangsa-bangsa lain di dunia.

Nabi Yunus as.
keturunan Nabi ya'kub as. diutus oleh Allah kepada bangsa Ninawa didaerah Mansul dalam kerajaan Babil. Beliau mengajak kaumnya agar menyembah Allah , namun ajakan beliau ditentang bahkan diejek. Akhirnya Nabi Yunus meninggalkan kaumnya dan berdoa kepada Allah agar diturunkan azab kepada mereka. Ketika tanda-tanda azab akan turun, maka seluruh penduduk mencari nabi Yunus kerana ingin bertaubat, namun nabi Yunus telah meneruskan pelayarannya. Mereka semuanya beriman kepada Allah serta menyesal kerana melawan Rasul Allah. Nabi Yunus diuji Allah ketika berada didalam perut ikan Nun. Setelah kembali ke Ninawa dilihatnya mereka semua telah beriman, maka nabi Yunus meneruskan dakwahnya, sehingga negeri tersebut menjadi aman dan makmur.

Nabi Zakaria as dan Nabi Yahya as.
diutus kepada bangsa Yahudi, agar mereka menyembah Allah SWT, berlaku jujur, adil dengan memegang petunjuk yang ada dalam kitab Allah. Kemudian nabi Yahya dibunuh, kepala baginda dipenggal. Begitu juga dengan Nabi Zakaria dibunuh ketika itu juga. Kedua nabi tersebut telah mati syahid. Begitu sombong bangsa Yahudi sehingga hati mereka menjadi tertutup dalam menerima kebenaran. Hanya seksa Allah yang sesuai bagi mereka yang ingkar.

Nabi Isa as.
adalah insan yang lahir dari tubuh Maryam tanpa ayah, kemudian diangkat martabatnya menjadi nabi dan Rasul. Sedangkan Hawa dilahirkan dari tubuh Adam tanpa ibu di dalam syuga. Kemudian ditakdirkan oleh Allah SWT menjadi ibu dari seluruh umat manusia. Maka agar tidak keliru dalam beriman atau beriktikad, kita lihat firman Allah SWT maksudnya:
"Sesungguhnya perbandingan kejadian Nabi Isa di sisi Allah adalah sama seperti kejadian Nabi Adam, Allah telah menciptakan Adam dari tanah, lalu berfirman kepadanya: 'Jadilah engkau! maka menjadilah ia' ". (Surah Ali Imran ayat 59)
Nabi Isa as. diutus oleh Allah kepada kaumnya sendiri iaitu Bani Israil di daerah Palastin agar tetap taat kepada Allah SWT. Belaiu diberi kitab Injil yang melengkapi kitab Taurat dan Zabur. Segala firman Allah yang diwahyukan kepada beliau ditulis oleh pengikut-pengikutnya dengan tulisan Ibrani (Hebrew bahasa Ibrani Yahudi).Dapatkah kita menemukan kembali kitab Injil peninggalan Nabi Isa as. itu? Untuk meyakinkan diri kita mari kita perhatikan ayat-ayat Allah dibawah ini:
Firman Allah SWT maksudnya:
"Ia menjawab: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Ia telah memberikan kepadaku Kitab Injil dan ia telah menjadikan daku seorang Nabi".

Nabi Muhammad SAW
dilahirkan pada tahun 571 Masehi melalui perkahwinan Aminah dengan Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim. Baginda adalah keturunan Nabi Ismail as. bin Nabi Ibrahim as. Nabi Muhammad SAW adalah insan termulia melebihi tingkat dan darjat dari seluruh nabi-nabi dan umat manusia, bahkan seluruh makhluk-makhluk Allah SWT. Sebab itu Rasulullah (Nabi Muhammad SAW) bergelar "Rahmatan Lil 'Alamin". ertinya "Rahmat bagi seluruh alam".
Rasulullah diberi kitab Al Quran, diutus oleh Allah untuk seluruh bangsa di dunia ini. Seperti nabi-nabi atau rasul-rasul Allah terdahulu bagindapun mengajar dan menyeru manusia supaya menyembah Allah. Nabi Muhammad SAW adalah penutup dari sekalian nabi dan rasul, jadi agama Allah yang diwahyukan semenjak nabi Adam secara bertahap-tahap lagi teratur dilengkapi dan disempurnakan Allah pada kenabian Muhammad SAW. Sebab itu tidak akan ada lagi nabi dan wahyu sesudah baginda.
Bahkan dalam kitab-kitab yang sebelumnya menyatakan tentang kelahiran Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir. Dalam hal ini Nabi Isa as. sendiri menjelaskan kepada kaumnya tentang akan munculnya seorang nabi terakhir sesudahnya. Di dalam Al Quran dijelaskan ungkapan Nabi Isa as tersebut sebagai berikut.
Firman Allah SWT maksudnya:
"Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika nabi Isa Ibni Maryam berkata:
'Wahai Bani Israil sesungguhnya aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku bernama Ahmad.'

Maka tatkala ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata:
'ini ialah sihir yang jelas nyata'.".
(Surah As Saaf ayat 6)

Firman Allah SWT lagi maksudnya:
"Bukanlah Nabi Muhammad itu (dengan sebab ada anak angkatnya) menjadi bapa yang sebenar bagi seseorang dari orang lelaki kamu, tetapi ia adalah Rasul Allah dan kesudahan segala Nabi-nabi. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
(Surah Al Ahzab ayat, 40)

BAHANA KARTUN YAHUDI



Bahaya Kartun Pokemon

Lihat sahaja gambar-gambar diatas, tentunya ramai yang kenal dengan watak kartun tersebut. Tidak lain dan tidak bukan, gambar-gambar diatas merupakan sebahagian daripada watak kartun pokemon. Sedarkah kita akan maksud Pokemon dan maksud nama-nama watak kartun di dalam cerita tersebut? Baru-baru ini, pihak Darul Nu'man telah menerima E-mail dari salah seorang yang bertanya tentang kemusykilan kartun Pokemon. Berikut adalah kandungan E-mail tersebut.


Assalamualaikum...........

Ada satu perkara yang ana ingin kongsi bersama. ana tak pasti samada maklumat ni dah sampai ke pegetahuan ikhwah semua. Semasa menghadiri kelas Dr Bahjat di salah sebuah masjid di Mafraq, ana diberikan satu kertas yang menjelaskan tentang bahaya POKEMON. Antara kandungan kertas itu ialah beberapa makna binatang-binatang yang ada dalam cerita kartun tersebut. Perkataan-perkataan itu adalah dalam bahasa siryani (lughah siryaniiyah).

contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Terdapat beberapa lagi nama binatang dalam cerita pokemon yang membawa makna yang kufur dan jahat.
Bagi ana, kalau sekadar cerita kartun pokemon ini dicipta oleh yahudi, itu boleh diterima. sebab tak semestinya kita menolak semua yang dicipta oleh orang kafir. tapi kali ini terbukti bahawa yahudi ada niat yang amat buruk tersembunyi di sebalik nama pokemon. Maka ana menyeru semua ikhwah supaya menyebarkan maklumat ini dan bermula dengan diri sendiri dengan memulaukan kartun ini.

Di petik dari laman : http://www.darulnuman.com/semasa/pokemon.html