Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

KOMUNITI GABUNGAN ANAK - ANAK GAYONG

Komuniti Gabungan Anak-Anak Gayong SeMalaysia

MARI DENGAR LAGU


MusicPlaylist

BAKA IPD KUALA MUDA

Sabtu, 24 Januari 2009

SEKILAS TENTANG PSSGM


Sejenak Bersama Gayung


Ga - Genggam (Grip)
Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang telah dilafazkan. Juga bermaksud menjaga segala rahsia dan amanat yang diberikan.


Alif - Angkat (Lift)
Meletakkan dan menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan dan tempat rujukan.


Ya - Yakin (Confident)
Yakin kepada kebolehan diri sendiri


Wau - Waras (Wise)
Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak.


Nga - Ngeri (Vicious)
Bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam konteks latihan dan persembahan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang lain yang menyaksikannya.

WARNA RASMI SILAT SENI GAYONG
OFFICIAL COLORS OF SILAT SENI GAYONG




Putih / White
Kesucian - Silat Seni Gayong adalah bebas daripada sebarang unsur yang membawa kepada keburukan dan kehancuran.
Purity - Silat Seni Gayong is free from any substance that could lead to devastation.


Merah / Red
Berani/Kepahlawanan - Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong juga bersemangatkan darah kepahlawanan.
Brave/Warrior - Each member is taught with courage to be brave in upholding the truth and deny sinful.


Kuning / Yellow
Beraja/Berdaulat - Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.
Royal/Sovereign - Silat Seni Gayong is the Malay heritage War Arts of Self Defense.


Hitam / Black
Bayang-bayang/Rahsia - Merupakan sosiostatus manusia yang tidak membezakan ahli-ahli silat dari segi warna kulit dan darjat. Hitam juga membawa konotasi iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsianya.
Shadow/Secret - Human sosiostatus that doesn't discriminate any silat members by skin colors or status. Black is also as a connotation that Silat Seni Gayong has many sorts of secrets to be learned.



HURAIAN LAMBANG & SIJIL ADAT



Logo atau Lambang Silat Seni Gayong telah diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendeta Za'ba di Singapura.
Setiap organisasi mempunyai lambang, moto dan warna rasmi di samping objektif tertentu yang menghuraikan falsafah, wawasan dan identiti melalui penampilan secara simbolik. Penampilan sedemikian menjadi simbol dan imej atau ‘trademark’ yang berfungsi menonjolkan keunikan sesuatu organisasi di mata umum.
Silat Seni Gayong juga mempunyai lambang, moto dan warna rasmi tertentu yang menjadi simbolik dan inspirasi perjuangan.
Pengenalan ini diilham dan dihurai sendiri oleh Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman agar menjadi pedoman dan renungan kepada pewaris generasi Silat Seni Gayong selama-lamanya.
LAMBANG
Silat Seni Gayong mempunyai berapa corak lambang yang dipamer pada kepala surat, dokumen rasmi, lencana dan sijil.



I. Naga


Melambangkan kekuatan di air. Logo naga sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalan beliau semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan Allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.



II. Harimau


Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Satu penonjolan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas daripada sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, dikala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.



III. Keris bersilang - Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato’ Hang Tuah dan Dato’ Hang Jebat, 2 orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.



IV. Pedang bermata dua


Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci daripada al-Qur’an bermaksud ‘Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir’ disepanjang mata pedang tersebut. Pedang ini dizahirkan bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah.


V. Bumi


Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong akan dikembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.


VI. Bulan dan Bintang


Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia, Silat Seni Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup.



VII. Selempang Hitam Chula


Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Bengkong Pelangi Hitam juga bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng.


VIII. Kendi / Bejana air


Simbolik kepada universataliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain sama ada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Bejana air juga melambangkan kesatuan hati dan amal. Bak kata pepatah Melayu, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana sepakat’. Murid Gayong mestilah berpadu kerana menegakkan yang hak.


SIJIL ADAT

I. Pengertian bagi lambang dalam lencana sama seperti di atas.
II. Kalimah Syahadah - Mengisytiharkan aqidah murid Gayong yang berpegang kepada kalimah tauhid, iaitu pengEsaan Allah SWT. dan menjauhi syirik. Lingkungan kalimah syahadah yang mengelilingi bumi menunjukkan bahawa ajaran Islam akan disebar ke seluruh pelusuk dunia bersama-sama dengan perkembangan Silat Seni Gayong. Kalimah “Ya Hayyu, Ya Qayyum” selepas kalimah syahadah melambangkan agama dan kekuatan Islam adalah kekal abadi dan akhirnya menakluki dunia keseluruhannya.
III. Tongkat - Simbolik tongkat hikmat Al-marhum Nabi Musa a.s. yang diguna untuk mengeluarkan air dari batu dan membelah laut merah.
IV. Kangkung - Menyingkap sejarah kebijaksanaan Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah yang menggunakan helah bagi melihat wajah Maharaja China.
MOTO
Kata Bersahut Gayong Bersambut

Moto yang menyingkap hampir keseluruhan konsep seni beladiri dan kata-kata hikmat dalam Silat Seni Gayong. Sekiranya musuh bersilat menggunakan kata-kata maka hikmat kebijaksanaan akal dan kepetahan lidahlah yang dipertarungkan.

Andaikata seseorang musuh itu bertindak menggunakan kekuatan fizikal maka serangan tersebut disambut dengan pencak silat atau bergayong.

Murid Gayong tidak mencari musuh tetapi jika berhadapan dengan serangan musuh, pantang berundur walau selangkah. Bak kata pepatah Melayu ‘membujur lalu melintang patah’, ‘Daka daki Ku daki juga’, ‘patah sayap bertongkat paruh’, ‘berpantang ajal sebelum maut’. Inilah juga antara kata-kata hikmat Silat Seni Gayong.

Dalam ajaran Islam, kepetahan berhujah serta kebijaksanaan untuk menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran adalah satu tuntutan. Meskipun dakwah secara diplomasi menjadi asas utama namun seni beladiri amat dititikberatkan.

Rasulullah S.A.W. menyuruh ajar memanah, berenang dan menunggang kuda kepada anak-anak orang Islam sebagai latihan peperangan. Allah SWT sendiri membenarkan tindak balas yang sewajarnya diambil terhadap musuh yang berlaku zalim ke atas umat Islam, bahkan jihad merupakan salah satu kewajipan ke atas setiap individu muslim.

SLOGAN GAYONG
SeGayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging dan sepadu.

Sembilan “se” ini melambangkan kekuatan ukhuwwah dan kerjasama sesama seGayong, apa jua keturunan seseorang itu sama ada Melayu, Bugis, Acheh, Banjar, Jawa atau Palembang adalah daripada rumpun yang sama mendiami gugusan kepulauan Melayu.

Diibaratkan keris, kalau diteliti akan tampak jelas perbezaan kualiti buatannya sama ada daripada segi bentuk ukiran hulunya atau jumlah lok, namun mata keris tetap sama tiada beza antara satu sama lain.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan